HARI ini saya ingin berkongsi satu tips untuk mendapatkan pendapatan tambahan. Saya pasti ada di antara rakan-rakan yang sedang tercari-cari cara untuk menambahkan pendapatan tambahan bagi meningkatkan ekonomi keluarga.
SEBENARNYA terdapat banyak cara untuk kita mendapatkan pendapatan tambahan. Di antaranya adalah dengan bekerja lebih masa, bekerja part time pada waktu malam atau hujung minggu, menceburi bisnes MLM, menjadi Unit Trust Consultant atau melibatkan diri di dalam bisnes kecil-kecilan seperti menjadi pemborong atau pengedar barang-barang tertentu seperti tudung, baju, keronsang,pemakanan tambahan (supplement) dan sebagainya.>/p>
NAMUN begitu ada satu lagi cara untuk mendapat pendapatan tambahan dengan lebih mudah, murah dan menyeronokkan. Nak tahu apa dia?
MENCARI pendapatan tambahan adalah menjadi suatu aktiviti yang lazim dilakukan oleh semua orang terutamanya pegawai-pegawai kerajaan. Pembiayaan hidup zaman sekarang adalah teramat tinggi. Kalau dahulu, (5 tahun silam), perbelanjaan harian mungkin mencecah hanya RM10.00. Tetapi sekarang, duit sebanyak itu hanya cukup untuk beli sekotak rokok sahaja (rokok sekarang mahal, tapi orang beli juga!!!!)
DALAM keadaan ekonomi negara yang masih belum mantap, nilai mata wang kita sedikit rendah. Oleh yang demikian pendapatan bulanan atau gaji, menjadi kecil walaupun pada dasarnya jumlahnya besar. dengan jumlah pendapatan yang sebegini, adalah menjadi masalah besar untuk menyara keluarga bagi yang sudah berkeluarga.
This comment has been removed by the author.
ReplyDelete