Thursday, December 15, 2011

BLOG PERNIAGAAN -INTERNET MARKETING

Setiap kali buka komputer, teringatlah pada saya yang banyak blog yang tidak "update". Tak tahulah kenapa? Datang ke pejabat pun kerja macam biasa. Membosankan pulak. Apa tidaknya, tengok muka kawan-kawan pun dah tak berapa nak bermaya kerja. Maklumlah di penghujung tahun, ramai yang sudah mula bercuti. Yang tidak bercuti, faham-faham sajalah. Isteri masing-masing kerja.. Tak lama lagi 2011 akan pergi meninggalkan kita, dan manisnya 2012 akan menjelma..

My Table Text
Lazimnya, kita tidak pernah berfikir langsung tentang diri kita, sebaik berlalu tahun demi tahun. Kita tidak langsung menilai, APAKAH KITA BERJAYA DALAM HIDUP KITA SELAMA INI? Kita tidakung pernah ambil tahu langsung , BERAPAKAH PENDAPATAN KITA, APAKAH JAWATAN KITA? APAKAH KEDUDUKAN KITA? BAGAIMANAKAH GAJI SEBULAN? CUKUP ata TIDAK CUKUP? Kita tak ambil kisah langsung!!! Kita langsung tidak mengetahui POTENSI DIRI kita. Kita selalu merasa SELESA dengan apa yang kita ada.. CUKUP MAKAN, PAKAI dan ada KEDIAMAN.

Kita sebenarnya sering menempuh KEGAGALAN, namun kita tidak pernah AMBIL KESAH langsung. Lantaran itu, jadilah kita sebagai orang-orang biasa yang hanya tahu merasa hairan apabila berlaku perkara yang LUAR BIASA!!!Kita hairan bila ada orang memandu MERCEDES, memecut FERRARI, melancong keluar negara... KITA HANYA HAIRAN dan tidak lebih dari itu. Kalau direnungkan sedalam-dalamnya, APAKAH KELEBIHAN ORANG-ORANG YANG LUAR BIASA ITU, jika dibandingkan dengan kita. SEBENARNYA, MEREKA ADALAH ORANG YANG BERANI MENCUBA, dan terus MENCUBA!!!

Back To School Sale 80% off
Get 50% off any pair of prescription eyeglasses from our entire collection (basic single-vision lenses included). Use code: FALL50  Optional lens upgrades and coatings may be added for an additional cost. Sunglasses prescription lenses not eligible for di


MENJELANG 2012 yang bakal menjelma tidak lama lagi, saya ingin mengajak anda mencari sesuatu yang tidak pernah anda cari dalam hidup selama ini. Kita ingin mencuba, entah-entah anda akan BERJAYA... Sekurang-kurangnya anda telah mencuba dan mengalami sesuatu yang baru dalam hidup.. Ramai orang pandai memberi pendapat tentang sesuatu perkara yang belum berlaku.. Setiap orang mesti ada MATLAMAT@ DREAM yang jelas. MATLAMAT MENENTUKAN HALA TUJU HIDUP KITA. Orang tidak ada matlamat, ibarat kereta yang bergerak tanpa pemandu.. Tak tahu nak kemana???



Apabila berbicara tentang 'MATLAMAT', ramai yang akan terfikir tentang keinginan mereka terhadap matlamat pelajaran, kewangan @ pendapatan, kesihatan diri mereka, kemewahan dan sebagainya. Akan tetapi bagaimana pula dengan matlamat untuk menjadi orang yang lebih berguna hari demi hari? Bagaimana pula dengan matlamat untuk menjadi orang yang lebih berfikiran positif? Apa pula matlamat anda dalam membina keyakinan diri yang lebih tinggi?

Dengan bekerja keras ke arah mencapai matlamat diri anda ke arah keyakinan, motivasi dan pemikiran diri yang positif, segala matlamat anda yang lebih besar akan menjadi lebih mudah. Terdapat beberapa cara yang anda boleh buat untuk memperkasakan diri anda setiap hari. Berikut adalah beberapa cara yang anda boleh ikuti:



1. Bina tabiat kerja yang baik: Kebanyakan tabiat kerja kita adalah hasil dari pekerjaan dan didikan kita terdahulu, yang mana ada di antaranya yang tidak mendatang hasil. Untuk membuang tabiat anda dan mengubahnya untuk kebaikan anda perlu bertanya pada diri anda, "Mengapa saya melakukan kerja ini dengan cara ini dan bagaimana saya boleh memperkemaskannya lagi?" Sentiasalah berusaha untuk bekerja dengan lebih efisien dan pelajari seni memberi keutamaan (art of prioritization) pada tugas-tugas anda dengan menetapkan matlamat kerja dan mengikutinya.

2. Bertanggungjawab: Saat apabila anda merasakan anda bertanggungjawab atas segalanya dalam hidup anda dan semua yang anda lakukan, anda akan mula menyedari betapa anda boleh mengawal sikap, hidup dan fikiran anda. Jika anda berjanji, tunaikanlah ia. Jika anda berkata anda akan melakukan sesuatu, maka lakukannya. Jika anda berjanji untuk ke suatu tempat pada masa tertentu, maka tepatilah masa itu! Berusahalah untuk mencapai matlamat-matlamat ini setiap hari.

Click here to visit this site


3. Kelilingkan diri anda dengan orang-orang yang berjaya: Salah satu cara untuk mencapai tahap kejayaan yang anda mahukan ialah dengan membina kerjasama dengan orang-orang yang berjaya yang telah mencapai matlamat yang sama dengan apa yang anda mahukan. Untuk menjadi orang yang mencapai kejayaan anda mesti berfikir dan bertindak seperti orang yang berjaya.

Berkongsi idea dengan mereka, berbual-bual, berkongsi pengalaman dengan orang yang berjaya adalah sangat efektif dalam membina kejayaan anda. Pengaruh mereka terhadap anda memang boleh dirasai, paling kurang dalam membuka minda dan idea. Kejayaan sama ada dalam pelajaran, bisnes atau hidup adalah suatu penghayatan sikap secara keseluruhan kerana segala yang anda lakukan, anda perlu lakukan dengan terbaik dengan kemampuan anda, segalanya! Jadikan untuk bertemu orang-orang yang berjaya dan berbicara dengan mereka satu matlamat hari ini. Bertanggungjawablah dan perbaiki cara kerja. InsyaAllah kita akan berjaya.



Click here to visit-3DayMoney

Kirimkan komen anda!

Apa komen anda tentang blog ini!

Email Adress:
Comments:

Form code inspired by Quackit.com!

No comments:

Post a Comment